Jumlah Pengunjung

Selasa, 11 Oktober 2016

JOM BERCUTI KE SUNGAI PETANI KEDAH

Sungai Petani merupakan bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek pelancongan yang ada di bandar ini. Bagi anda yang mahu berkunjung ke Tempat Menarik Di Sungai Petani KedahAbg Long Fadhil Homestay  menyediakan kemudahan penginapan yang sangat selesa & strategik untuk anda.

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa antara empat hingga lima jam ke , Abg Long Fadhil Homestay  Menyeberangi Sungai Muda yang memisahkan Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kedah, anda dihidangkan dengan hamparan sawah padi yang cantik dan luas.

Pembangunan pesat bandar Sungai Petani menyaksikan taman perumahan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Malah, penduduk dari luar Sungai Petani berhijrah ke sini untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor perindustrian di Bakar Arang dan Sungai Lalang.

Jika anda mahu mencari makanan, sebut apa saja, daripada Laksa, mihun sup, nasi kerabu, cucur udang, nasi kandar, mi rebus, ikan bakar, cendol, bihun sup dan nasi kampung yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bandar ini mempunyai lebih 10 restoran nasi kandar yang turut mendapat sambutan penduduk luar.

Berkunjung ke Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah tidak sah jika tidak mengunjungi jam besar di Jalan Ibrahim. Ia adalah mercu tanda bandar itu dan berdiri gagah selepas puluhan tahun untuk menyimpan segala sejarah suka duka bandar berkenaan.

Gabungan tempat bersejarah, pantai, perkampungan nelayan, sawah padi dan taman tema, menjadikan Sungai Petani adalah tempat yang perlu dikunjungi jika datang ke Kedah.

Di bawah Abg Long Fadhil Homestay  senaraikan 8 tempat menarik di Sungai Petani Kedah sekitar ,  untuk rujukan anda. 


PANTAI MERDEKA












Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. 


Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.

The Carnival ( Taman Tema Air )























Dari Abg Long Fadhil Homestay ke The Carnival taman tema air ini mengambil masa 10 minit dan ia merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. 

Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.


Sungai Merbok
















                                                                                                                               






Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Sungai Merbok mengambil masa kira-kira 15 minit. Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. 

Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.

Lembah Bujang



















Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Lembah Bujang mengambil masa 20 minit. Lembah Bujang Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.

Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang.


Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang.

Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.

Tanjung Dawai













Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Tanjung Dawai mengambil masa 20 minit. Tanjung Dawai adalah Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan keringikan bilisikan masin,pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.

Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.

Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.

Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.

Menara Jam Besar


















Dari Abg Lon Fadhil Homestay ke jam besar terletak di Pusat Bandar mengambil masa 10 minit. Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary. di sini juga berdekatan dengan stesen keretapi, stesen bas dan kawasan perniagaan

Taman Jubli Perak
















                                                                                                                                         










Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Taman Jubli Perak mengambil masa 15 minit. Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.

kawasan Air Terjun Tupah













Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

Selamat bercuti ke Sungai Petani Kedah

013-5122991
Abg Long Fadhil Homestay


Selasa, 20 September 2016

INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA

HOMESTAY ADALAH INDUSTRI PELANCONGAN

ASAS KEUSAHAWANAN  : INDUSTRI PELANCONGAN

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah Negara yang maju dan bergerak kearah perindustrian pada tahun 2020 di mana perniagaan merupakan tunjang kepada peningkatan ekonomi Negara, menurut Salleh (2010), pada peringkat awal, Pembangunan industri pelancongan tertumpu di Eropah dan Amerika Utara,  dengan sejarah keterlibatan ini, jelas menunjukkan bahawa kawasan ini menjadi pasaran kepada perlancongan yang kukuh dan terkenal di peringkat global.

            Pembangunan industri perlancongan di Malaysia kini mencapai tahap yang boleh di banggakan, pelbagai kemudahan dan galakan dari pihak kerajaan yang membantu menggalakan pertumbuhan ekonomi Negara di samping membantu mereka yang terlibat secara langsung dalam proses industri perlancongan. Terdapat lima faedah utama yang di perolehi daripada pembangunan industri perlancongan iaitu sumbangan imbangan pembayaran Negara, pembangunan kawasan bukan perindustrian, mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat, peningkatan pendapatan kepada keseluruhan ekonomi menerusi impak pengganda dan pembangunan sosial
           
MAKSUD INDUSTRI PELANCONGAN

Industri

Kamus Dewan menghuraikan maksud Industri ialah perusahaan yang biasanya diusahakan secara besar-besaran bagi tujuan membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan serta menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Bagi sesebuah negara yang sedang pesat membangun, Sektor perindustrian dianggap penggerak utama pembangunan yang menjana ekonomi terutamanya dari segi daya pengeluaran dan daya keupayaan penyerapan tenaga kerja.Jika dilihat dengan mata kasar, sektor perindustrian mencatatkan sumbangan yang besar dalam peneraju ekonomi Negara di Negara ini.

Pelancongan

Pelancongan ditakrifkan sebagai perjalanan untuk berseronok atau bergembira termasuk juga perjalanan atas urusan bercuti, urusan kerja atau juga urusan kekeluargaan sosial dan sebagainya. Pelancongan melibatkan pelancong dari Luar negara dan dalam Negara (Domestik). Menurut kajian oleh Che Hasmah Hassan (1997), Pelawat atau Pelancong dikategorikan kepada dua iaitu pelancong dan pelawat harian. Pelancong adalah seseorang yang tinggal sekurang-kurangnya satu malam atau 24 jam ditempat yang dilawatinya. Manakala pelawat harian adalah pelawat yang tidak bermalam atau lawatannya kurang 24 jam.

Pelancongan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dulu lagi sektor pelancongan telah menjadi nadi penggerak ekonomi beberapa buah negara. Dalam era globalisasi kini, banyak negara dunia berlumba-lumba memajukan industri pelancongan untuk tukaran wang asing yang lumayan (Jamaluddin, 2009). Sejak tiga dekad yang lalu industry pelancongan negara telah berkembang begitu pesat mengikut arus zaman sekarang. Industri pelancongan terus kukuh menjadi antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.  Bukan hanya sumbangan terhadap memperkukuhkan sektor ekonomi negara, malahan industri pelancongan juga turut menyumbang terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar.   Malahan, dapat dilihat bahawa masyarakat luar bandar atau masyarakat desa pada hari semakin membangun dan lebih maju berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka supaya tidak lagi terpinggir dan keluar dari belenggu kemiskinan (M.Z.Ahmad, N.Zakaria, 2011).

Terdapat banyak juga negara yang menggalakkan pelancongan dalam negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi di sekitar destinasi pelancongan. Dalam rangka membangunkan industri tersebut banyak kawasan yang mempunyai keunikan semulajadi dibuka dan dimajukan untuk tujuan pelancongan, sama ada melalui evolusi ataupun dibuka dengan sengaja oleh pihak-pihak tertentu.


Malaysia secara umumnya sangat bertua kerana mempunyao alam semulajadi seperti hutan hujan tropika yang masih terpelihara, iklim dan cuaca yang tidak melampau, pantai yang indah, ekosistem flora dan fauna yang mempunyai ribuan sepsis serta pembangunan negara yang pesat dan standing dengan negara-negara maju di dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Korea, China dan lain-lain.

Industri Pelancongan

Industri pelancongan banyak bergantung kepada sambutan pelawat atau pelancong yang mengunjungi ke sesuatu destinasi. Pelancong menjadi salah satu penentu kepada kebolehkekalan sesuatu produk ataupun destinasi pelancongan. Sesuatu produk itu haruslah seiring dengan kehendak dan kepuasan pelancong dan terus menjadi tumpuan dan pembangunannya akan beterusan untuk jangka masa yang panjang (C.H.Hassan, 1997)
Industri pelancongan ini didorong dari faktor pelancong itu sendiri dimana mereka ingin membuat perubahan dapda diri sendiri atau menambah pengalaman, pengetahuan, menghilangkan stress kerja atau kesibukan kota, berekreasi disamping mempelajari dan mengenali budaya sesetempat.
Keunikan yang ditampilkan pada sesuatu produk atau destinasi mampu juga menarik pelancong untung melancong sekali dan mungkin berulang kali. Akan tetapi di Malaysia sistem pengangkutan yang maju juga menjadi faktor industri pelancongan saban hari meningkat naik dan seterusnya menjana ekonomi negara.

TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Negara ini amat bertuah mempunyai alam semulajadi yang indah, unik dan pelbagai seperti hutan hujan tropika, iklim dan cuaca yang tidak melampau, banjaran gunung, pulau dan pantai serta pelbagai spesies flora dan fauna. Dalam rangka mencapai kemajuan hidup dan pembangunan, manusia amat bergantung pada sumber semulajadi di mana hampir semua aktiviti yang dijalankan melibatkan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung penggunaan sumber semulajadi berkenaan. Pertambahan penduduk, peningkatan kualiti hidup dan keperluan memenuhi masa senggang serta proses globalisasi kini telah meningkatkan lagi kadar penggunaan sumber semulajadi.

Teknologi canggih pada masa kini juga mendorong kepada pembangunan yang semakin pesat bagi memudahkan segala urusan termasuk pekerjaan, pengangkutan, perhubungan, pembinaan, pertanian dan lain-lain. Segala kemudahan ini dapat membantu masyarakat untuk lebih mudah untuk pergi melancong. Dengan adanya kemudahan teknologi canggih ini masa kerja dapat dikurangkan, masa perjalanan dapat dikurangkan dan tidak boleh disangkal kos untuk melancong juga dapat dikurangkan.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1987. Kementerian ini memainkan peranan dalam menyediakan insentif, meningkatkan mutu kemudahan asas, membuat promosi yang lebih menyeluruh dan menyediakan peruntukan untuk memajukan industri ini. Kemudiannya kementerian ini telah ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia dan kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut diwujudkan adalah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tourism Malaysia sebagai fungsi mentadbir urus kempen Pelancongan bagi menarik masyarakat Luar dan Dalam Negara untuk bercuti di Malaysia.
Pada tahun 2015, Malaysia telah merekodkan penurunan jumlah pelancong dari luar negara dan Domestik. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penurunan ini antaranya ialah keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dan beberapa tragedi yang berlaku melibatkan nama Malaysia antaranya kehilangan pesawan MH370 dan MH17 yang ditembak. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi faktor penurunan jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia.
Akan tetapi pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengambil langkah produktif pada tahun 2016 dengan dana sebanyak RM 80 juta disediakan bagi memperhebatkan aktiviti promosi pelacongan di Malaysia terutama pelancong dari ASEAN, China dan India (Harian Metro,15/9/2016) Selain dana yang disediakan, kerajaan Malaysia turut memberi pengecualian VISA kepada pelancong dari negara China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Oktober 2015 sehinga 31 Mac 2016.
Bagi memastikan kelancaran kempen Domestik, Tourism Malaysia telah melancarkan kempen Cuti-Cuti 1 Malaysia, Dekat Je yang menggunakan stesen radio Hot FM sebagai duta bagi melaksanakan tugas dengan memilih peserta di kalangan pendengar yang bertuah bagi mempromosikan tempat-tempat perlancongan di Negara ini seperti Gunung Jerai, Gua Kelam, Menara Condong dan sebagainya. Objektifnya adalah bagi meningkatkan jumlah pelancong domestik ke seluruh Malaysia. Kempen ini sangat bersesuaian dimana rakyat Malaysia akan melabur dalam industri pelancongan dalam Malaysia itu sendiri.
Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar Negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum. Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN  EKONOMI NEGARA.

Pengukuhan ekonomi berlaku melalui pendapatan yang meningkat hasil perbelanjaan pelancong-pelancong dalam dan luar negeri. Perbelanjaan ini meliputi semua kos yang terlibat termasuk pengangkutan, penginapan, makanan, hiburan dan membelibelah. Selain daripada pendapatan, industri pelancongan juga mampu mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan menjana pekerjaan di bidang yang berkaitan termasuk bidang perkhidmatan pelanggan seperti agensi pelancongan dan pemandu pelancong.

Sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dengan adanya sistem pengaliran wang asing masuk ke dalam negara. Hal ini dapat dilihat apabila pelancong asing datang ke Malaysia perlu menukarkan wang kepada mata wang Malaysia (Ringgit) untuk setiap urusniaga di sini. Pada tahun kebelakangan ini, kejatuhan nilai ringgit memberi kesan yang amat teruk kepada negara. Akan tetapi kerajaan masih melihat perkara ini dari sudut positif dimana ketika mata yang Malaysia jatuh hal ini akan menarik minat pelancong asing untuk melancong di Malaysia disamping berbelanja dengan banyaknya.

Dari segi politik, sektor pelancongan dapat memperkenalkan Malaysia ke serata dunia. Pembangunan KLCC yang satu ketika dahulu menjadi kebanggaan kita adn pernah menjadi menara tertinggi di dunia. Penganjuran Sukan Komenwel pada tahun 1998, Perlumbaan Kereta dan Motor GP di litar sepang, Kemenangan pasukan JDT dalam piala AFC, Pingat di sukan olimpik Rio adalah antara perkara-perkara yang memperkenalkan lagi Malaysia di Mata dunia. Selain itu Malaysia pada tahun 2018 akan mempunyai sebuah menara pencakar langit tertinggi di Malaysia dan ke-5 tertinggi di Dunia iaitu menara warisan. Kenapa perlu adanya nama Malaysia di serata dunia? Ini adalah kerana dapat membantu sektor pelancongan Malaysia dengan menggalakkan kemasukan pelancong ke Malaysia dan Kemasukan mata wang asing.


HALANGAN / CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN

Terdapat pelbagai halangan dan cabaran bagi industri pelancongan antaranya ialah ketidakstabilan ekonomi, politik, bencana alam, tragedi dan Pendatang tanpa izin. Ketidakstabilan ekonomi pada hari ini bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia malahan turut memberi kesan kepada seluruh dunia. Amerika Syarikat salah sebuah negara pemegang ekonomi dunia turut mengalami kejatuhan. Oleh itu Malaysia turut merasainya. Kejatuhan mata wang dunia inj sedikit sebanyak memberi impak kepada industri pelancongan. Kelembapan kadar pelancong melancong adalah  sangat rendah.

Ketidakstabilan politik di Malaysia juga memberi halangan dan cabaran pada industri pelancongan di Malaysia. Politik Malaysia kebelakangan ini mendapat perhatian seluruh dunia. Dunia beranggapan Malaysia mempunyai masalah politik.Antaranya ialah perhimpunan haram yang kian giat dijalankan. Rusuhan serta kerosakan harta benda awam dipaparkan dalam berita berita seluruh dunia. Selain laporan berita diseluruh dunia memberi penumpuan kepada skandal 1MDB dan polimik pembangkang serta bekas perdana menteri Malaysia untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia terkini. Hal hal ini sedikit sebanyak menjejaskan industri pelancongan Malaysia.

Bencana alam yang kerap berlaku seperti Banjir Besar, Tsunami dan Gempa Bumi. Walaupun bencana alam di Malaysia tidaklah seburuk seperti di negara-negara lain. Banjir misalnya berlaku di pantai timur di utara serta di selatan Malaysia. Akan tetapi kerajaan Malaysia telah mengambil langkah penyelesaian dengan membina tebatan banjir di negeri-negeri terlibat. Perkara 127 dan 128 dalam ucapan Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11, bagi projek Rancangan Tebatan Banjir atau RTB, antaranya, Kerajaan akan melaksanakan RTB Sungai Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri dan Lebir. Projek-projek lain termasuklah RTB Sungai Kuantan, Pahang, Sungai Moyog di Sabah, Sungai Perak dan Sungai Kemaman di Terengganu. Selain itu, gempa bumi yang sebelum ini berlaku di Sabah khususnya di Gunung Kinabalu yang melibatkan kematian pelancong asing. Walaupun bencana ini jarang berlaku tetapi ianya masih menjadi tumpuan dunia.  Selain itu, bencana yang masih terpahat di dalam lipatan sejarah Malaysia iaitu Tsunami.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines pada 8 March 2014 dimana Pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 orang anak kapal telah berlepas dari Lapangan terbang KLIA pada pukul 00.35 pagi dan dijadualkan akan sampai ke Beijing pada pukul 6.30 pagi telah hilang dari. Selain itu, 17 Julai (Khamis) Pesawat MH17 terhempas kira-kira pukul 10.15 malam waktu Malaysia di Donetsk, timur Ukraine. Tragedi itu berlaku kira-kira empat bulan selepas kehilangan pesawat MH370. Pesawat Boeing 777-200 dengan 298 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara (SAM) ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Hal ini sedikit sebanyak mengundang kesan kepada pelancong. Perkara ini menyebabkan kadar kemasukan pelancong merosot secara mendadak.


SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (RMKe-11) merupakan rancangan pembangunan lima tahun ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Penyediaan RMKe-11 adalah berpandukan strategi pembangunan nasional (MyNDS) yang memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berteraskan modal dengan pelaksanaan projek berimpak tinggi. RMKe-11 dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 21 Mei 2015.
RMKe-11 mempunyai enam teras:
1.   Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Masyarakat yang Saksama
2.   Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat
3.   Meningkatkan Pembangunan Modal Insan untuk Negara Maju
4.   Kemampanan dan Daya Tahan Pembangunan Melalui Pertumbuhan Hijau
5.   Memperkukuh Infrastruktur bagi Menyokong Pertumbuhan Ekonomi
6.   Merekayasa Pertumbuhan Ekonomi untuk Peningkatan Kemakmuran

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menyediakan Tabung Insfrastruktur Pelancongan. Ianya adalah untuk membangunkan industri pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman Dana Pelancongan iaitu Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan. Tujuan Dana ini adalah untuk membantu pengusaha yang ingin membangunkan atau mengembangkan produk-produk pelancongan.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengemukakan tiga cadangan untuk merancakkan industri pelancongan, sekali gus menjadi pemangkin memulihkan ekonomi negara. Cadangan berkenaan adalah, mana-mana pegawai yang membawa pelancong dari luar negara akan diberikan elaun khas dan penurunan cukai korporat kepada syarikat dan agensi pelancongan yang dapat menarik masuk pelancong luar negara. Selain itu, peruntukan khas kepada agensi terbabit untuk pembiayaan bahan bercetak, pameran dan pelancongan (Berita Harian: 31/01/2016)


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN (HOMESTAY)

Sejak sedekad yang lalu,  Pelbagai usaha telah dan sedang diambil oleh beberapa agensi kerajaan melalui Kementerian-Kementerian yang berkaitan untuk membantu masyarakat luar bandar menikmati faedah melalui aktiviti dan pembangunan pelancongan di tempat mereka.  Terkini, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui “Model Baru Ekonomi Luar Bandar” mensasarkan untuk membangun dan memperluaskan potensi Inap Desa di 500 buah kampung sebagai langkah penjenamaan pelancongan luar bandar dan memeta Inap Desa sebagai ikon pelancongan negara.  Pada dasarnya, “inap desa” merupakan istilah yang dipersetujui dalam konteks pelancongan bagi merujuk kepada konsep homestaymengikut “acuan” negara ini. Sebelum istilah inap desa digunakan secara rasmi, istilah homestay telah lama digunakan secara meluas malahan ianya masih digunakan sehingga hari ini. Namun, istilah inap desa atau homestay bagi negara ini mempunyai maksud dan tafsirannya yang tersendiri dan berbeza dengan homestay dalam konteks negara-negara lain. Negara-negara yang berlainan mempunyai konsep, definisi dan fokus homestay yang berbeza

Program homestay merupakan sebuah program pelancongan desa yang semakin berkembang di negara kita yang mula dikesan seawal tahun 1970-an di mana ianya bermula di Kampung Cherating Lama, Pahang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan Malaysia) telah memperkenalkan program homestay pada tahun 1988 sebagai salah satu bentuk penginapan alternatif yang ditawarkan kepada pelancong

Konsep homestay atau kadang kala disebut sebagai inap desa sering berbeza antara sebuah negaradengan sebuah negara yang lain. Secara umumnya, homestay adalah satu bentuk penginapan atau satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong diberi peluang untuk tinggal bersama dengan keluarga tuan rumah (host) yang dipilih untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga tersebut. Pelancong juga turut mendapat pengalaman seperti kebudayaan keluarga tuan rumah secara langsung. Dari segi asal-usul, program homestay bermula di Eropah pada lewat tahun 1970-an dan ia dikenali sebagai suatu konsep percutian (R.Hussin, 2014)

Elemen yang terdapat dalam program ini turut meliputi penyediaan makanan kepada tetamu, memasak dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bersama dengan keluarga angkat demi mewujudkan keserasian antara tuan rumah dan tetamu yang berbeza latar belakang kehidupan dan kebudayaan. Melalui interaksi yang mesra, tuan rumah dan tetamu akan lebih saling kenal-mengenali antara satu sama lain serta dapat mempelajari sesuatu yang baru mengikut perspektif masing-masing. Program Inap Desa ini juga membolehkan tetamu untuk menyertai kegiatan harian atau aktiviti rutin tuan rumah di samping memberikan peluang kepada mereka untuk menikmati keindahan dan keunikan alam semulajadi di samping dapat menjalankan pelbagai aktiviti kebudayaan tradisional masyarakat tuan rumah. Umumnya inap desa yang berbeza pastinya menawarkan bentuk-bentuk aktiviti yang berlainan bergantung kepada aspek-aspek setempat seperti lokasi, budaya, kepelbagaian makanan dan kegiatan ekonomi.

Secara umumnya, Inap Desa mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan berdasarkan reputasinya yang mampu memberi impak positif kepada komuniti setempat terutamanya dari segi ekonomi. Pembukaan inap desa di kawasan luar bandar mampu menawarkan peluang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk. impak pelancongan, secara umumnya saiz, sifat dan had bagi impak pelancongan adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:

·         Jumlah aktiviti pelancong berbanding aktiviti masyarakat setempat
·         Tahap kepadatan atau keselerakan aktiviti pelancong di kawasan berkaitan
·         Tempoh dan sifat hubungan pelancong dengan komuniti
·         Kestabilan atau sensitiviti struktur ekonomi, sosial dan persekitaran setempat
·         Persamaaan atau perbezaan antara masyarakat tempatan dan pelancong

Program Inap Desa ini juga turut diyakini mampu untuk memelihara dan memulihara sumber alam semulajadi serta warisan budaya sekiranya kaedah pembangunan mapan diterap dan dilaksanakan dalam keseluruhan peringkat pembangunannya.

Menurut Persatuan Homestay Malaysia, antara pelancong yang menjadi sasaran utama pasaran inap desa di Malaysia adalah pelancong dari Jepun dan Korea, manakala bagi pelancong domestik pula kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan pelajar sekolah dan juga pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Selain itu, pelancong dari Eropah juga dilihat turut mencatatkan kadar kedatangan yang paling kerap ke inap desa di negara ini. Hal ini adalah disebabkan para pelancong sasaran yang berkenaan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kelestarian dalam industri pelancongan memandangkan secara umumnya golongan ini merupakan individu-individu yang berpendidikan yang prihatin dan mempunyai kesedaran terhadap keunikan serta keindahan alam semulajadi yang terdapat di kawasan luar bandar, malahan mereka-mereka ini juga terdorong untuk menambah ilmu pengetahuan melalui pengalaman.


RUMUSAN

Secara keseluruhannya, industri perlancongan telah menunjukan peningkatan yang positif dalam proses penjanaan ekonomi Negara di samping memberikan pendapatan kepada isi keluarga, industri pelancongan juga merupakan salah satu langkah memperkenalkan Negara yang mempunyai pelbagai khazanah yang bernilai tinggi kepada global. Bagi memastikan industri perlancongan ini terus maju dan berkembang serta beroleh kejayaan, semua pihak perlu berganding bahu bagi menjayakan industri perlancongan.

            Pihak kerajaan yang di pimpin oleh mereka yang berintelektual perlu memikirkan penambahbaikan serta bantuan kepada mereka yang menguruskan perkhidmatan perlancongan ini untuk terus bersaing dengan Negara-negara yang hebat dalam perindutrian perlancongan dan memperoleh pendapatan yang lumayan dan membantu meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara pada masa akan datang




Rujukan

Ahmad .M.Z. dan Ibrahim .J.A , Abdul Razaket . N (2012),Pembangunan   Perlancongan               Kuala Kedah untuk “semua” :Kriteria dan Tanda Aras            Kelestarian untuk                      pertimbangan

C.H.Hassan, (1997). Tanggapan Pelawat Terhadap Taman Pertanian Malaysia Bukit                      Cahaya Seri Alam Sebagai Destinasi Perlancongan. Universiti Putra Malaysia,                       Selangor, Malaysia.

Dyeall (2004). Pengenalan Kepada Pelancongan. Dicapai pada Ogos 15,  2015 dari

Habibah Ahmad ( 1994 ). Industri Pelancongan di Asean : Satu Cabaran

Jabil Mapjabil, S.A. (2011). Pembangunan program homestay di Wilayah Utara
            Semenanjung Malaysia : Profil, Produk dan prospek. Malaysia Journal of
            Society dan Space 7

Jamaluddin, ( 2009 ). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya Terhadap                                       Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai :Malaysian Journal of Enviromental 10 (2)
            limaihwa (1990). Industri Pelancongan di Malaysia. Dicapai pada Ogos 15, 2016 dari
            https://www.scribd.com/doc/16611950/Industri-Pelancongan-di-Malaysia

Salleh, N.O. ( 2010). Analisis Hubungan Pembangunan Industri Pelancongan dan                            Pertumbuhan Ekonomi : Perbandingan Pasaran Antarabangsa. Jurnal     Ekonomi                 Malaysia 44

The Malaysian Times ( 2012 ). Sektor Pelancongan Menjana Ekonomi. Dicapai pada                       Ogos 16, 2016 darihttp://www.themalaysiantimes.com.my/sektor-         pelancongan-            menjana-aktiviti-ekonomi/

Zulkifli Omar. ( 2015 ). Sumbangan Sektor Pelancongan terhadap Ekonomi. Institut
            Penyelidikan Ekonomi Malaysia. Malaysia