Jumlah Pengunjung

Rabu, 1 Januari 2020

PENGEMBARA NUSANTARA

CORETAN SEORANG PELAJAR PENDIDIKAN JARAK JAUH

Bukan mudah untuk mendapatkan segulung Ijazah di waktu usia kian meningkat dengan cabaran kehidupan berumahtangga dan karenah pekerjaan yang kian mencabar seiring dengan pembangunan teknologi yang kian pesat membangun, mungkin sukar untuk meletakkan diri dalam situasi ini berbeza dengan pelajar sepenuh masa yang boleh memberi penumpuan terus kepada pelajaran walaupun permasalahan hampir sama.

Dari alam pekerjaan merupakan cabaran yang memberikan impak kepada diri dimana pembahagian waktu amatlah diperlukan, kerja perlu diselesaikan dengan baik dikala pelajaran perlu diberi perhatian, ketika ini pemilihan atau keputusan yang dibuat mendapat pandangan semua pihak, pernah ditawarkan kenaikan pangkat tetapi atas faktor peningkatan kewangan dan jarak, terpaksa bekorban demi rezeki orang lain, tiada istilah menolak rezeki tetapi perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia. menimba ilmu juga adalah rezeki kepada diri seorang pelajar. pelbagai cabaran yang mematangkan diri untuk membuat sesuatu keputusan.

Disebalik kejayaan terdapat insan-insan yang banyak membantu bagi mengukuhkan moral, keluarga merupakan institusi yang banyak menyuntik aura positif, selain itu kenalan di dalam pejabat APM Kulim yang banyak membantu memudahkan urusan dan pensyarah PTSB yang berkongsi ilmu dikala kefahaman membataskan pemikiran. kehidupan tidak akan bermakna tanpa insan disekeliling kita.

Kepimpinan tertinggi dalam organisasi merupakan elemen yang menyokong dalam setiap usaha yang dilaksanakan, penyelia yang positif mendorong kepada keseronokkan bekerja dan belajar, sekiranya penyelia bersikap negatif dan berniat menjatuhkan kakitangan dibawahnya dan membuatkan organisasi kurang enak untuk bergerak secara sihat maka tiada istilah kecemerlangan didalam organisasi, kopiah bukan janji bagi memartabatkan organisasi mahupun mendapat penghormatan daripada kakitangan dibawahnya, Alhamdulillah Allah aturkan Pengarah dan penyelia yang baik sepanjang perjalanan mendapatkan ilmu dan pergi ketika tamat belajar. semoga Allah memudahkan kehidupan insan-insan baik ini.

Perjalanan sejauh hampir 200KM bagi menuntut ilmu bukan lagi halangan yang besar kerana niat dan amanah insan yang menyokong perlu ditunaikan demi tuntutan akhirat. berbekalkan keazaman dan tenaga sahaja yang mampu diberikan,kewangan merupakan faktor utama kerana tidak membuat sebarang pinjaman bagi melanjutkan pelajaran, ada kalanya senyum ketika sahabat menjamah makanan dan kita hanya menyedut air mineral water dan roti ,demi ilmu terpaksa tempuhi. 

Konsep belajar di UUM adalah dalam suasana yang baik, pemandangan hijau membuatkan segala masalah diringankan, nyaman udara diwaktu pagi adalah harapan yang tinggi apabila bergerak masuk ke UUM, pensyarah yang berkualiti di bekalkan untuk mendidik anak bangsa untuk menimba ilmu, kebanyakkan pensyarah berkongsi pengalaman dengan pelajar yang mempunyai pengalaman yang berbeza di organisasi masing.

Pengalaman tidak dapat dijual beli, tetapi dapat dinikmati sekiranya kita tempuhi dengan jayanya, segulung ijazah bukan tiket untuk kita riak mahupun sombong tetapi menjadi kebanggaan untuk diri sendiri, walaupun bergred rendah dan kesibukkan bekerja tetapi mampu mencabar diri untuk menjadi yang terbaik. cabaran ini mungkin tidak akan dirasai oleh mereka yang menerima pendidikan sebelum pengalaman.

antara kos-kos yang telah dikeluarkan ( mengikut individu)

kos bagi setiap pertemuan ( RM 222.60)

Penang - UUM

Minyak : RM 80.00 ( pergi dan balik )
Tol : RM 27.60
Makan dan minum : RM 50.00
Sewa Homestay : RM 35.00
lain-lain : RM 30.00

Kos cetak modul = RM 400.00

Kos bagi Final Exam setiap semester ( RM 757.60 )

Minyak : RM 150.00
Sewa Homestay & Motel : RM 280.00
Makan dan minum : RM 200.00
Tol : RM 27.60
Lain-lain : RM 100.00

Kos bagi tugasan luar melibatkan yuran, kos perjalanan, makan minum, tol, tempat tinggal dan lain-lain. ( Ko-K, jumpa lect, sturdy group dan lain-lain)
= anggaran RM 4000-RM5000 lebih sepanjang pengajian

Kos Pengajian = RM 19000.00

Kos Konvo = RM 170.00

lain orang lain kos, mungkin yang lebih dari ini pun ada dan kurang juga ada. kalau dilihat pada jumlah keseluruhan memang banyak, tetapi keluar sedikit demi sedikit sememangnya kurang nampak

Langkah perlahan pada awal semester pertama memberikan 1 pengalaman baru untuk diri, beberapa peristiwa yang akan membuatkan diri senyum sendiri,
- Gelagat rakan-rakan yang baik dan buruk😉😉😉
- Makan tepi jalan
- Suami datang pejabat
- Tidur dalam kereta
- Sahabat tambah cawangan
- Gaduh dengan BFF
- Sahabat yang berputar cawangan
- Meniru
- Tidur Asrama
- Lepak di Selatan Thailand
- Ragam sturdy last minutes
- tulisan kecil
- Puteri hang li po
- berpuasa dengan geng suami orang mengaku bujang
- Ragam pensyarah yang garang, baik hati, lemah lembut, tegas, mak-mak dan lain-lain
- Kaki toilet
- Tidur masjid
- Nasi goreng akmal
- Nasi lemak macik mulut bising
- Tayar pecah
- Jari hampir putus terkepit pintu
- Nenas Johor berputik 20 kali
- Buku hilang
- Hantu main lampu toilet asrama

dan banyak lagi kenangan yang tidak dapat dinukilkan atas sebab menjaga sensativiti umum.

Walaupun ada senyuman dan tawa, terdapat pelbagai pengalaman yang menjadi pengajaran. 

Pelajaran bukan untuk dinaikkan pangkat tetapi sebagai pendorong kepada anak-anak yang bakal mewarisi negara tercinta ini untuk lebih berjaya. 

CABAR DIRI ANDA BAGI MENJADI YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI.


Selasa, 3 Januari 2017

*SELAMAT DATANG KE ABG LONG FADHIL HOMESTAY*
BANDAR MUTIARA SUNGAI PETANI KEDAH
 ✳️ Sebuah Homestay yang berada dikawasan strategik dan mempunyai kemudahan asas.
✳️Abg Long Fadhil Homestay  menyediakan rumah penginapan yang selesa dilengkap dengan 3 bilik dan 2 bilik air.
🔘 Ruang Tamu 
➡️ TV,  ➡️ Astro➡️ Kusyen,➡️ Kipas Angin
🔘 Bilik Tidur 
➡️ Bilik Utama ( Master bedroom)✅Aircond ✅1 Kipas shiling ✅2 Katil single, ✅1 Almari pakaian, ✅1 Penyidai pakaian,✅ Tandas✅ penggosok pakaian
➡️Bilik Tengah ✅2 katil single✅1 kipas shiling✅Almari pakaian✅1 penyidai pakaian
➡️Bilik Belakang✅1 katil Queen✅1 kipas shiling✅Almari Pakaian✅1 penyidai pakaian ♨ Ruang Dapur ✅ Peti Sejuk, ✅Dapur Gas,✅Heater.✅Pinggan✅Cawan✅Sudu & Garfu✅Almari Dapur✅Meja makan✅Pisau✅1 tandas / bilik air
🚗 Parking Kereta yg blh memuatkan 2 buah kereta & Berbumbung
▶️Lokasi Kemudahan ✅Stesen Minyak Petronas  - 2 Minit ✅ATM Mesin - 2 minit✅ Pizza hut - 2 minit✅ kedai Runcit - 2 minit✅Klinik - 2 minit✅ Butik pengantin - 2 minit✅Kedai Makan - 2 minit✅Dobi - 2 Minit✅ Pasaraya Maydin - 4 minit✅ INTURA - 4 minit✅ Kedai servis kenderaan - 4 minit✅ Econsave - 4 minit✅ KFC - 4 minit✅ JPJ - 4 minit✅ Institut perguruan SP - 6 minit✅ Cinta Sayang - 10 minit✅ Sunway carnival - 10 minit✅ Amanjaya mall - 10 minit✅ Hospital SP - 10 minit✅ Hospital pantai - 10 minit✅ Hospital Metro - 10 minit✅ Tesco - 13 minit✅ Tol Utara & Selatan - 13 minit✅ Stesen keretapi - 15 minit✅ Stesen Bas - 15 minit✅ Canter square- 15 minit✅ Uitm - 20 minit
🔘 Taman Bedekatan✅ Bandar Puteri Jaya✅ Taman Batik✅ Taman Perdana✅ Taman Ria & Ria Jaya✅ Taman Cendana
✴️Pelbagai kemudahan Asas berada di sekitar kawasan Homestay, Mudah & Cepat

✂️✂️Potongan harga istimewa untuk penginapan lebih daripada 3 hari atau yang biasa menginap di sini.
🔷KAMI JUGA MENAWARKAN PAKEJ ✔️SEWAAN MINGGUAN✔️SEWAAN BULANAN ✂️💶💶 harga yg menarik
Contact Details:013-5122991 En. FadhilPrice: RM 150 (harian biasa)*SELAMAT DATANG KE ABG LONG FADHIL HOMESTAY*
BANDAR MUTIARA SUNGAI PETANI KEDAH
 ✳️ Sebuah Homestay yang berada dikawasan strategik dan mempunyai kemudahan asas.
✳️Abg Long Fadhil Homestay  menyediakan rumah penginapan yang selesa dilengkap dengan 3 bilik dan 2 bilik air.
🔘 Ruang Tamu 
➡️ TV,  ➡️ Astro➡️ Kusyen,➡️ Kipas Angin
🔘 Bilik Tidur 
➡️ Bilik Utama ( Master bedroom)✅Aircond ✅1 Kipas shiling ✅2 Katil single, ✅1 Almari pakaian, ✅1 Penyidai pakaian,✅ Tandas✅ penggosok pakaian
➡️Bilik Tengah ✅2 katil single✅1 kipas shiling✅Almari pakaian✅1 penyidai pakaian
➡️Bilik Belakang✅1 katil Queen✅1 kipas shiling✅Almari Pakaian✅1 penyidai pakaian ♨ Ruang Dapur ✅ Peti Sejuk, ✅Dapur Gas,✅Heater.✅Pinggan✅Cawan✅Sudu & Garfu✅Almari Dapur✅Meja makan✅Pisau✅1 tandas / bilik air
🚗 Parking Kereta yg blh memuatkan 2 buah kereta & Berbumbung
▶️Lokasi Kemudahan ✅Stesen Minyak Petronas  - 2 Minit ✅ATM Mesin - 2 minit✅ Pizza hut - 2 minit✅ kedai Runcit - 2 minit✅Klinik - 2 minit✅ Butik pengantin - 2 minit✅Kedai Makan - 2 minit✅Dobi - 2 Minit✅ Pasaraya Maydin - 4 minit✅ INTURA - 4 minit✅ Kedai servis kenderaan - 4 minit✅ Econsave - 4 minit✅ KFC - 4 minit✅ JPJ - 4 minit✅ Institut perguruan SP - 6 minit✅ Cinta Sayang - 10 minit✅ Sunway carnival - 10 minit✅ Amanjaya mall - 10 minit✅ Hospital SP - 10 minit✅ Hospital pantai - 10 minit✅ Hospital Metro - 10 minit✅ Tesco - 13 minit✅ Tol Utara & Selatan - 13 minit✅ Stesen keretapi - 15 minit✅ Stesen Bas - 15 minit✅ Canter square- 15 minit✅ Uitm - 20 minit
🔘 Taman Bedekatan✅ Bandar Puteri Jaya✅ Taman Batik✅ Taman Perdana✅ Taman Ria & Ria Jaya✅ Taman Cendana
✴️Pelbagai kemudahan Asas berada di sekitar kawasan Homestay, Mudah & Cepat

✂️✂️Potongan harga istimewa untuk penginapan lebih daripada 3 hari atau yang biasa menginap di sini.
🔷KAMI JUGA MENAWARKAN PAKEJ ✔️SEWAAN MINGGUAN✔️SEWAAN BULANAN ✂️💶💶 harga yg menarik
Contact Details:013-5122991 En. FadhilPrice: RM 150 (harian biasa)

Selasa, 11 Oktober 2016

JOM BERCUTI KE SUNGAI PETANI KEDAH

Sungai Petani merupakan bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek pelancongan yang ada di bandar ini. Bagi anda yang mahu berkunjung ke Tempat Menarik Di Sungai Petani KedahAbg Long Fadhil Homestay  menyediakan kemudahan penginapan yang sangat selesa & strategik untuk anda.

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa antara empat hingga lima jam ke , Abg Long Fadhil Homestay  Menyeberangi Sungai Muda yang memisahkan Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kedah, anda dihidangkan dengan hamparan sawah padi yang cantik dan luas.

Pembangunan pesat bandar Sungai Petani menyaksikan taman perumahan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Malah, penduduk dari luar Sungai Petani berhijrah ke sini untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor perindustrian di Bakar Arang dan Sungai Lalang.

Jika anda mahu mencari makanan, sebut apa saja, daripada Laksa, mihun sup, nasi kerabu, cucur udang, nasi kandar, mi rebus, ikan bakar, cendol, bihun sup dan nasi kampung yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bandar ini mempunyai lebih 10 restoran nasi kandar yang turut mendapat sambutan penduduk luar.

Berkunjung ke Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah tidak sah jika tidak mengunjungi jam besar di Jalan Ibrahim. Ia adalah mercu tanda bandar itu dan berdiri gagah selepas puluhan tahun untuk menyimpan segala sejarah suka duka bandar berkenaan.

Gabungan tempat bersejarah, pantai, perkampungan nelayan, sawah padi dan taman tema, menjadikan Sungai Petani adalah tempat yang perlu dikunjungi jika datang ke Kedah.

Di bawah Abg Long Fadhil Homestay  senaraikan 8 tempat menarik di Sungai Petani Kedah sekitar ,  untuk rujukan anda. 


PANTAI MERDEKA












Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. 


Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.

The Carnival ( Taman Tema Air )























Dari Abg Long Fadhil Homestay ke The Carnival taman tema air ini mengambil masa 10 minit dan ia merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. 

Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.


Sungai Merbok
















                                                                                                                               






Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Sungai Merbok mengambil masa kira-kira 15 minit. Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. 

Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.

Lembah Bujang



















Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Lembah Bujang mengambil masa 20 minit. Lembah Bujang Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.

Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang.


Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang.

Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.

Tanjung Dawai













Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Tanjung Dawai mengambil masa 20 minit. Tanjung Dawai adalah Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan keringikan bilisikan masin,pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.

Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.

Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.

Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.

Menara Jam Besar


















Dari Abg Lon Fadhil Homestay ke jam besar terletak di Pusat Bandar mengambil masa 10 minit. Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary. di sini juga berdekatan dengan stesen keretapi, stesen bas dan kawasan perniagaan

Taman Jubli Perak
















                                                                                                                                         










Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Taman Jubli Perak mengambil masa 15 minit. Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.

kawasan Air Terjun Tupah













Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

Selamat bercuti ke Sungai Petani Kedah

013-5122991
Abg Long Fadhil Homestay