Rabu, 1 Januari 2020

PENGEMBARA NUSANTARA

CORETAN SEORANG PELAJAR PENDIDIKAN JARAK JAUH

Bukan mudah untuk mendapatkan segulung Ijazah di waktu usia kian meningkat dengan cabaran kehidupan berumahtangga dan karenah pekerjaan yang kian mencabar seiring dengan pembangunan teknologi yang kian pesat membangun, mungkin sukar untuk meletakkan diri dalam situasi ini berbeza dengan pelajar sepenuh masa yang boleh memberi penumpuan terus kepada pelajaran walaupun permasalahan hampir sama.

Dari alam pekerjaan merupakan cabaran yang memberikan impak kepada diri dimana pembahagian waktu amatlah diperlukan, kerja perlu diselesaikan dengan baik dikala pelajaran perlu diberi perhatian, ketika ini pemilihan atau keputusan yang dibuat mendapat pandangan semua pihak, pernah ditawarkan kenaikan pangkat tetapi atas faktor peningkatan kewangan dan jarak, terpaksa bekorban demi rezeki orang lain, tiada istilah menolak rezeki tetapi perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia. menimba ilmu juga adalah rezeki kepada diri seorang pelajar. pelbagai cabaran yang mematangkan diri untuk membuat sesuatu keputusan.

Disebalik kejayaan terdapat insan-insan yang banyak membantu bagi mengukuhkan moral, keluarga merupakan institusi yang banyak menyuntik aura positif, selain itu kenalan di dalam pejabat APM Kulim yang banyak membantu memudahkan urusan dan pensyarah PTSB yang berkongsi ilmu dikala kefahaman membataskan pemikiran. kehidupan tidak akan bermakna tanpa insan disekeliling kita.

Kepimpinan tertinggi dalam organisasi merupakan elemen yang menyokong dalam setiap usaha yang dilaksanakan, penyelia yang positif mendorong kepada keseronokkan bekerja dan belajar, sekiranya penyelia bersikap negatif dan berniat menjatuhkan kakitangan dibawahnya dan membuatkan organisasi kurang enak untuk bergerak secara sihat maka tiada istilah kecemerlangan didalam organisasi, kopiah bukan janji bagi memartabatkan organisasi mahupun mendapat penghormatan daripada kakitangan dibawahnya, Alhamdulillah Allah aturkan Pengarah dan penyelia yang baik sepanjang perjalanan mendapatkan ilmu dan pergi ketika tamat belajar. semoga Allah memudahkan kehidupan insan-insan baik ini.

Perjalanan sejauh hampir 200KM bagi menuntut ilmu bukan lagi halangan yang besar kerana niat dan amanah insan yang menyokong perlu ditunaikan demi tuntutan akhirat. berbekalkan keazaman dan tenaga sahaja yang mampu diberikan,kewangan merupakan faktor utama kerana tidak membuat sebarang pinjaman bagi melanjutkan pelajaran, ada kalanya senyum ketika sahabat menjamah makanan dan kita hanya menyedut air mineral water dan roti ,demi ilmu terpaksa tempuhi. 

Konsep belajar di UUM adalah dalam suasana yang baik, pemandangan hijau membuatkan segala masalah diringankan, nyaman udara diwaktu pagi adalah harapan yang tinggi apabila bergerak masuk ke UUM, pensyarah yang berkualiti di bekalkan untuk mendidik anak bangsa untuk menimba ilmu, kebanyakkan pensyarah berkongsi pengalaman dengan pelajar yang mempunyai pengalaman yang berbeza di organisasi masing.

Pengalaman tidak dapat dijual beli, tetapi dapat dinikmati sekiranya kita tempuhi dengan jayanya, segulung ijazah bukan tiket untuk kita riak mahupun sombong tetapi menjadi kebanggaan untuk diri sendiri, walaupun bergred rendah dan kesibukkan bekerja tetapi mampu mencabar diri untuk menjadi yang terbaik. cabaran ini mungkin tidak akan dirasai oleh mereka yang menerima pendidikan sebelum pengalaman.

antara kos-kos yang telah dikeluarkan ( mengikut individu)

kos bagi setiap pertemuan ( RM 222.60)

Penang - UUM

Minyak : RM 80.00 ( pergi dan balik )
Tol : RM 27.60
Makan dan minum : RM 50.00
Sewa Homestay : RM 35.00
lain-lain : RM 30.00

Kos cetak modul = RM 400.00

Kos bagi Final Exam setiap semester ( RM 757.60 )

Minyak : RM 150.00
Sewa Homestay & Motel : RM 280.00
Makan dan minum : RM 200.00
Tol : RM 27.60
Lain-lain : RM 100.00

Kos bagi tugasan luar melibatkan yuran, kos perjalanan, makan minum, tol, tempat tinggal dan lain-lain. ( Ko-K, jumpa lect, sturdy group dan lain-lain)
= anggaran RM 4000-RM5000 lebih sepanjang pengajian

Kos Pengajian = RM 19000.00

Kos Konvo = RM 170.00

lain orang lain kos, mungkin yang lebih dari ini pun ada dan kurang juga ada. kalau dilihat pada jumlah keseluruhan memang banyak, tetapi keluar sedikit demi sedikit sememangnya kurang nampak

Langkah perlahan pada awal semester pertama memberikan 1 pengalaman baru untuk diri, beberapa peristiwa yang akan membuatkan diri senyum sendiri,
- Gelagat rakan-rakan yang baik dan buruk😉😉😉
- Makan tepi jalan
- Suami datang pejabat
- Tidur dalam kereta
- Sahabat tambah cawangan
- Gaduh dengan BFF
- Sahabat yang berputar cawangan
- Meniru
- Tidur Asrama
- Lepak di Selatan Thailand
- Ragam sturdy last minutes
- tulisan kecil
- Puteri hang li po
- berpuasa dengan geng suami orang mengaku bujang
- Ragam pensyarah yang garang, baik hati, lemah lembut, tegas, mak-mak dan lain-lain
- Kaki toilet
- Tidur masjid
- Nasi goreng akmal
- Nasi lemak macik mulut bising
- Tayar pecah
- Jari hampir putus terkepit pintu
- Nenas Johor berputik 20 kali
- Buku hilang
- Hantu main lampu toilet asrama

dan banyak lagi kenangan yang tidak dapat dinukilkan atas sebab menjaga sensativiti umum.

Walaupun ada senyuman dan tawa, terdapat pelbagai pengalaman yang menjadi pengajaran. 

Pelajaran bukan untuk dinaikkan pangkat tetapi sebagai pendorong kepada anak-anak yang bakal mewarisi negara tercinta ini untuk lebih berjaya. 

CABAR DIRI ANDA BAGI MENJADI YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan