Sungai Petani merupakan bandar kedua terbesar di
Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek
pelancongan yang ada di bandar ini. Bagi anda yang mahu berkunjung
ke Tempat Menarik Di Sungai Petani Kedah, Abg Long Fadhil Homestay menyediakan
kemudahan penginapan yang sangat selesa & strategik untuk anda.
Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa antara empat hingga lima jam ke , Abg Long Fadhil Homestay Menyeberangi Sungai Muda yang memisahkan Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kedah, anda dihidangkan dengan hamparan sawah padi yang cantik dan luas.
Pembangunan pesat bandar Sungai Petani menyaksikan taman perumahan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Malah, penduduk dari luar Sungai Petani berhijrah ke sini untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor perindustrian di Bakar Arang dan Sungai Lalang.
Jika anda mahu mencari makanan, sebut apa saja, daripada Laksa, mihun sup, nasi kerabu, cucur udang, nasi kandar, mi rebus, ikan bakar, cendol, bihun sup dan nasi kampung yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bandar ini mempunyai lebih 10 restoran nasi kandar yang turut mendapat sambutan penduduk luar.
Berkunjung ke Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah tidak sah jika tidak mengunjungi jam besar di Jalan Ibrahim. Ia adalah mercu tanda bandar itu dan berdiri gagah selepas puluhan tahun untuk menyimpan segala sejarah suka duka bandar berkenaan.
Gabungan tempat bersejarah, pantai, perkampungan nelayan, sawah padi dan taman tema, menjadikan Sungai Petani adalah tempat yang perlu dikunjungi jika datang ke Kedah.

Di bawah Abg Long Fadhil Homestay senaraikan 8
tempat menarik di Sungai Petani Kedah sekitar , untuk rujukan anda.
PANTAI MERDEKA
Dari Abg Long Fadhil Homestay ke
Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan. Perjalanan menaiki
kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan
Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota
Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati
dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani.
Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan
selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera
dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk
seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini.
Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
The Carnival ( Taman Tema Air )
Dari Abg Long Fadhil Homestay ke The Carnival taman tema air ini mengambil masa 10 minit dan ia merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini
dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat
bandar.
Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit
170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat
kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Sungai
Merbok
Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Sungai
Merbok mengambil masa kira-kira 15 minit. Sungai Merbok ialah sungai
yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat
kemudahan pelancongan di sini.
Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir
sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin
menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran
makanan laut.
Lembah Bujang
Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Lembah Bujang mengambil masa 20 minit. Lembah
Bujang Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri
Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat
perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan
ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.
Muzium
Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km
dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok.
Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan
antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke
3 Masehi hingga 12 Masehi.
Dibuka
secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23
Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang
dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui
melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak
arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang.
Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Di
kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina
candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan
kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian
dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang.
Sebuah
air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner
dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki
teksi ke Lembah Bujang.
Tanjung Dawai
Dari Delesa Homestay Sungai
Petani ke Tanjung Dawai mengambil masa 20 minit. Tanjung Dawai
adalah Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah
perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan.
Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin,pekasam dan
pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas
Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.
Tanjung
Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung
Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong
dari dalam danluar negeri Kedah.
Kompleks
Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi
nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti
nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked
Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk
hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.
Jeti
Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi
kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda
yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu
sebanyak RM2.00 pergi dan balik.
Menara Jam Besar
Dari Abg Lon Fadhil Homestay ke jam besar terletak di Pusat Bandar mengambil masa 10 minit. Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang
dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen
Mary. di sini juga berdekatan dengan stesen keretapi, stesen bas dan kawasan perniagaan
Taman Jubli Perak
Dari Abg Long Fadhil Homestay ke
Taman Jubli Perak mengambil masa 15 minit. Taman ini dibina untuk memperingati
sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas
awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini
untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.
kawasan Air Terjun Tupah
Dari Abg Long Fadhil Homestay ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit
Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini
begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi
pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau,
tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan.
Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan
fauna di kawasan hutan simpan.
Selamat bercuti ke Sungai Petani Kedah
013-5122991
Abg Long Fadhil Homestay
Tiada ulasan:
Catat Ulasan