Jumlah Pengunjung

Selasa, 20 September 2016

INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA

HOMESTAY ADALAH INDUSTRI PELANCONGAN

ASAS KEUSAHAWANAN  : INDUSTRI PELANCONGAN

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah Negara yang maju dan bergerak kearah perindustrian pada tahun 2020 di mana perniagaan merupakan tunjang kepada peningkatan ekonomi Negara, menurut Salleh (2010), pada peringkat awal, Pembangunan industri pelancongan tertumpu di Eropah dan Amerika Utara,  dengan sejarah keterlibatan ini, jelas menunjukkan bahawa kawasan ini menjadi pasaran kepada perlancongan yang kukuh dan terkenal di peringkat global.

            Pembangunan industri perlancongan di Malaysia kini mencapai tahap yang boleh di banggakan, pelbagai kemudahan dan galakan dari pihak kerajaan yang membantu menggalakan pertumbuhan ekonomi Negara di samping membantu mereka yang terlibat secara langsung dalam proses industri perlancongan. Terdapat lima faedah utama yang di perolehi daripada pembangunan industri perlancongan iaitu sumbangan imbangan pembayaran Negara, pembangunan kawasan bukan perindustrian, mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat, peningkatan pendapatan kepada keseluruhan ekonomi menerusi impak pengganda dan pembangunan sosial
           
MAKSUD INDUSTRI PELANCONGAN

Industri

Kamus Dewan menghuraikan maksud Industri ialah perusahaan yang biasanya diusahakan secara besar-besaran bagi tujuan membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan serta menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Bagi sesebuah negara yang sedang pesat membangun, Sektor perindustrian dianggap penggerak utama pembangunan yang menjana ekonomi terutamanya dari segi daya pengeluaran dan daya keupayaan penyerapan tenaga kerja.Jika dilihat dengan mata kasar, sektor perindustrian mencatatkan sumbangan yang besar dalam peneraju ekonomi Negara di Negara ini.

Pelancongan

Pelancongan ditakrifkan sebagai perjalanan untuk berseronok atau bergembira termasuk juga perjalanan atas urusan bercuti, urusan kerja atau juga urusan kekeluargaan sosial dan sebagainya. Pelancongan melibatkan pelancong dari Luar negara dan dalam Negara (Domestik). Menurut kajian oleh Che Hasmah Hassan (1997), Pelawat atau Pelancong dikategorikan kepada dua iaitu pelancong dan pelawat harian. Pelancong adalah seseorang yang tinggal sekurang-kurangnya satu malam atau 24 jam ditempat yang dilawatinya. Manakala pelawat harian adalah pelawat yang tidak bermalam atau lawatannya kurang 24 jam.

Pelancongan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dulu lagi sektor pelancongan telah menjadi nadi penggerak ekonomi beberapa buah negara. Dalam era globalisasi kini, banyak negara dunia berlumba-lumba memajukan industri pelancongan untuk tukaran wang asing yang lumayan (Jamaluddin, 2009). Sejak tiga dekad yang lalu industry pelancongan negara telah berkembang begitu pesat mengikut arus zaman sekarang. Industri pelancongan terus kukuh menjadi antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.  Bukan hanya sumbangan terhadap memperkukuhkan sektor ekonomi negara, malahan industri pelancongan juga turut menyumbang terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar.   Malahan, dapat dilihat bahawa masyarakat luar bandar atau masyarakat desa pada hari semakin membangun dan lebih maju berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka supaya tidak lagi terpinggir dan keluar dari belenggu kemiskinan (M.Z.Ahmad, N.Zakaria, 2011).

Terdapat banyak juga negara yang menggalakkan pelancongan dalam negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi di sekitar destinasi pelancongan. Dalam rangka membangunkan industri tersebut banyak kawasan yang mempunyai keunikan semulajadi dibuka dan dimajukan untuk tujuan pelancongan, sama ada melalui evolusi ataupun dibuka dengan sengaja oleh pihak-pihak tertentu.


Malaysia secara umumnya sangat bertua kerana mempunyao alam semulajadi seperti hutan hujan tropika yang masih terpelihara, iklim dan cuaca yang tidak melampau, pantai yang indah, ekosistem flora dan fauna yang mempunyai ribuan sepsis serta pembangunan negara yang pesat dan standing dengan negara-negara maju di dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Korea, China dan lain-lain.

Industri Pelancongan

Industri pelancongan banyak bergantung kepada sambutan pelawat atau pelancong yang mengunjungi ke sesuatu destinasi. Pelancong menjadi salah satu penentu kepada kebolehkekalan sesuatu produk ataupun destinasi pelancongan. Sesuatu produk itu haruslah seiring dengan kehendak dan kepuasan pelancong dan terus menjadi tumpuan dan pembangunannya akan beterusan untuk jangka masa yang panjang (C.H.Hassan, 1997)
Industri pelancongan ini didorong dari faktor pelancong itu sendiri dimana mereka ingin membuat perubahan dapda diri sendiri atau menambah pengalaman, pengetahuan, menghilangkan stress kerja atau kesibukan kota, berekreasi disamping mempelajari dan mengenali budaya sesetempat.
Keunikan yang ditampilkan pada sesuatu produk atau destinasi mampu juga menarik pelancong untung melancong sekali dan mungkin berulang kali. Akan tetapi di Malaysia sistem pengangkutan yang maju juga menjadi faktor industri pelancongan saban hari meningkat naik dan seterusnya menjana ekonomi negara.

TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Negara ini amat bertuah mempunyai alam semulajadi yang indah, unik dan pelbagai seperti hutan hujan tropika, iklim dan cuaca yang tidak melampau, banjaran gunung, pulau dan pantai serta pelbagai spesies flora dan fauna. Dalam rangka mencapai kemajuan hidup dan pembangunan, manusia amat bergantung pada sumber semulajadi di mana hampir semua aktiviti yang dijalankan melibatkan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung penggunaan sumber semulajadi berkenaan. Pertambahan penduduk, peningkatan kualiti hidup dan keperluan memenuhi masa senggang serta proses globalisasi kini telah meningkatkan lagi kadar penggunaan sumber semulajadi.

Teknologi canggih pada masa kini juga mendorong kepada pembangunan yang semakin pesat bagi memudahkan segala urusan termasuk pekerjaan, pengangkutan, perhubungan, pembinaan, pertanian dan lain-lain. Segala kemudahan ini dapat membantu masyarakat untuk lebih mudah untuk pergi melancong. Dengan adanya kemudahan teknologi canggih ini masa kerja dapat dikurangkan, masa perjalanan dapat dikurangkan dan tidak boleh disangkal kos untuk melancong juga dapat dikurangkan.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1987. Kementerian ini memainkan peranan dalam menyediakan insentif, meningkatkan mutu kemudahan asas, membuat promosi yang lebih menyeluruh dan menyediakan peruntukan untuk memajukan industri ini. Kemudiannya kementerian ini telah ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia dan kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut diwujudkan adalah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tourism Malaysia sebagai fungsi mentadbir urus kempen Pelancongan bagi menarik masyarakat Luar dan Dalam Negara untuk bercuti di Malaysia.
Pada tahun 2015, Malaysia telah merekodkan penurunan jumlah pelancong dari luar negara dan Domestik. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penurunan ini antaranya ialah keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dan beberapa tragedi yang berlaku melibatkan nama Malaysia antaranya kehilangan pesawan MH370 dan MH17 yang ditembak. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi faktor penurunan jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia.
Akan tetapi pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengambil langkah produktif pada tahun 2016 dengan dana sebanyak RM 80 juta disediakan bagi memperhebatkan aktiviti promosi pelacongan di Malaysia terutama pelancong dari ASEAN, China dan India (Harian Metro,15/9/2016) Selain dana yang disediakan, kerajaan Malaysia turut memberi pengecualian VISA kepada pelancong dari negara China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Oktober 2015 sehinga 31 Mac 2016.
Bagi memastikan kelancaran kempen Domestik, Tourism Malaysia telah melancarkan kempen Cuti-Cuti 1 Malaysia, Dekat Je yang menggunakan stesen radio Hot FM sebagai duta bagi melaksanakan tugas dengan memilih peserta di kalangan pendengar yang bertuah bagi mempromosikan tempat-tempat perlancongan di Negara ini seperti Gunung Jerai, Gua Kelam, Menara Condong dan sebagainya. Objektifnya adalah bagi meningkatkan jumlah pelancong domestik ke seluruh Malaysia. Kempen ini sangat bersesuaian dimana rakyat Malaysia akan melabur dalam industri pelancongan dalam Malaysia itu sendiri.
Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar Negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum. Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN  EKONOMI NEGARA.

Pengukuhan ekonomi berlaku melalui pendapatan yang meningkat hasil perbelanjaan pelancong-pelancong dalam dan luar negeri. Perbelanjaan ini meliputi semua kos yang terlibat termasuk pengangkutan, penginapan, makanan, hiburan dan membelibelah. Selain daripada pendapatan, industri pelancongan juga mampu mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan menjana pekerjaan di bidang yang berkaitan termasuk bidang perkhidmatan pelanggan seperti agensi pelancongan dan pemandu pelancong.

Sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dengan adanya sistem pengaliran wang asing masuk ke dalam negara. Hal ini dapat dilihat apabila pelancong asing datang ke Malaysia perlu menukarkan wang kepada mata wang Malaysia (Ringgit) untuk setiap urusniaga di sini. Pada tahun kebelakangan ini, kejatuhan nilai ringgit memberi kesan yang amat teruk kepada negara. Akan tetapi kerajaan masih melihat perkara ini dari sudut positif dimana ketika mata yang Malaysia jatuh hal ini akan menarik minat pelancong asing untuk melancong di Malaysia disamping berbelanja dengan banyaknya.

Dari segi politik, sektor pelancongan dapat memperkenalkan Malaysia ke serata dunia. Pembangunan KLCC yang satu ketika dahulu menjadi kebanggaan kita adn pernah menjadi menara tertinggi di dunia. Penganjuran Sukan Komenwel pada tahun 1998, Perlumbaan Kereta dan Motor GP di litar sepang, Kemenangan pasukan JDT dalam piala AFC, Pingat di sukan olimpik Rio adalah antara perkara-perkara yang memperkenalkan lagi Malaysia di Mata dunia. Selain itu Malaysia pada tahun 2018 akan mempunyai sebuah menara pencakar langit tertinggi di Malaysia dan ke-5 tertinggi di Dunia iaitu menara warisan. Kenapa perlu adanya nama Malaysia di serata dunia? Ini adalah kerana dapat membantu sektor pelancongan Malaysia dengan menggalakkan kemasukan pelancong ke Malaysia dan Kemasukan mata wang asing.


HALANGAN / CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN

Terdapat pelbagai halangan dan cabaran bagi industri pelancongan antaranya ialah ketidakstabilan ekonomi, politik, bencana alam, tragedi dan Pendatang tanpa izin. Ketidakstabilan ekonomi pada hari ini bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia malahan turut memberi kesan kepada seluruh dunia. Amerika Syarikat salah sebuah negara pemegang ekonomi dunia turut mengalami kejatuhan. Oleh itu Malaysia turut merasainya. Kejatuhan mata wang dunia inj sedikit sebanyak memberi impak kepada industri pelancongan. Kelembapan kadar pelancong melancong adalah  sangat rendah.

Ketidakstabilan politik di Malaysia juga memberi halangan dan cabaran pada industri pelancongan di Malaysia. Politik Malaysia kebelakangan ini mendapat perhatian seluruh dunia. Dunia beranggapan Malaysia mempunyai masalah politik.Antaranya ialah perhimpunan haram yang kian giat dijalankan. Rusuhan serta kerosakan harta benda awam dipaparkan dalam berita berita seluruh dunia. Selain laporan berita diseluruh dunia memberi penumpuan kepada skandal 1MDB dan polimik pembangkang serta bekas perdana menteri Malaysia untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia terkini. Hal hal ini sedikit sebanyak menjejaskan industri pelancongan Malaysia.

Bencana alam yang kerap berlaku seperti Banjir Besar, Tsunami dan Gempa Bumi. Walaupun bencana alam di Malaysia tidaklah seburuk seperti di negara-negara lain. Banjir misalnya berlaku di pantai timur di utara serta di selatan Malaysia. Akan tetapi kerajaan Malaysia telah mengambil langkah penyelesaian dengan membina tebatan banjir di negeri-negeri terlibat. Perkara 127 dan 128 dalam ucapan Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11, bagi projek Rancangan Tebatan Banjir atau RTB, antaranya, Kerajaan akan melaksanakan RTB Sungai Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri dan Lebir. Projek-projek lain termasuklah RTB Sungai Kuantan, Pahang, Sungai Moyog di Sabah, Sungai Perak dan Sungai Kemaman di Terengganu. Selain itu, gempa bumi yang sebelum ini berlaku di Sabah khususnya di Gunung Kinabalu yang melibatkan kematian pelancong asing. Walaupun bencana ini jarang berlaku tetapi ianya masih menjadi tumpuan dunia.  Selain itu, bencana yang masih terpahat di dalam lipatan sejarah Malaysia iaitu Tsunami.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines pada 8 March 2014 dimana Pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 orang anak kapal telah berlepas dari Lapangan terbang KLIA pada pukul 00.35 pagi dan dijadualkan akan sampai ke Beijing pada pukul 6.30 pagi telah hilang dari. Selain itu, 17 Julai (Khamis) Pesawat MH17 terhempas kira-kira pukul 10.15 malam waktu Malaysia di Donetsk, timur Ukraine. Tragedi itu berlaku kira-kira empat bulan selepas kehilangan pesawat MH370. Pesawat Boeing 777-200 dengan 298 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara (SAM) ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Hal ini sedikit sebanyak mengundang kesan kepada pelancong. Perkara ini menyebabkan kadar kemasukan pelancong merosot secara mendadak.


SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (RMKe-11) merupakan rancangan pembangunan lima tahun ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Penyediaan RMKe-11 adalah berpandukan strategi pembangunan nasional (MyNDS) yang memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berteraskan modal dengan pelaksanaan projek berimpak tinggi. RMKe-11 dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 21 Mei 2015.
RMKe-11 mempunyai enam teras:
1.   Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Masyarakat yang Saksama
2.   Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat
3.   Meningkatkan Pembangunan Modal Insan untuk Negara Maju
4.   Kemampanan dan Daya Tahan Pembangunan Melalui Pertumbuhan Hijau
5.   Memperkukuh Infrastruktur bagi Menyokong Pertumbuhan Ekonomi
6.   Merekayasa Pertumbuhan Ekonomi untuk Peningkatan Kemakmuran

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menyediakan Tabung Insfrastruktur Pelancongan. Ianya adalah untuk membangunkan industri pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman Dana Pelancongan iaitu Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan. Tujuan Dana ini adalah untuk membantu pengusaha yang ingin membangunkan atau mengembangkan produk-produk pelancongan.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengemukakan tiga cadangan untuk merancakkan industri pelancongan, sekali gus menjadi pemangkin memulihkan ekonomi negara. Cadangan berkenaan adalah, mana-mana pegawai yang membawa pelancong dari luar negara akan diberikan elaun khas dan penurunan cukai korporat kepada syarikat dan agensi pelancongan yang dapat menarik masuk pelancong luar negara. Selain itu, peruntukan khas kepada agensi terbabit untuk pembiayaan bahan bercetak, pameran dan pelancongan (Berita Harian: 31/01/2016)


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN (HOMESTAY)

Sejak sedekad yang lalu,  Pelbagai usaha telah dan sedang diambil oleh beberapa agensi kerajaan melalui Kementerian-Kementerian yang berkaitan untuk membantu masyarakat luar bandar menikmati faedah melalui aktiviti dan pembangunan pelancongan di tempat mereka.  Terkini, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui “Model Baru Ekonomi Luar Bandar” mensasarkan untuk membangun dan memperluaskan potensi Inap Desa di 500 buah kampung sebagai langkah penjenamaan pelancongan luar bandar dan memeta Inap Desa sebagai ikon pelancongan negara.  Pada dasarnya, “inap desa” merupakan istilah yang dipersetujui dalam konteks pelancongan bagi merujuk kepada konsep homestaymengikut “acuan” negara ini. Sebelum istilah inap desa digunakan secara rasmi, istilah homestay telah lama digunakan secara meluas malahan ianya masih digunakan sehingga hari ini. Namun, istilah inap desa atau homestay bagi negara ini mempunyai maksud dan tafsirannya yang tersendiri dan berbeza dengan homestay dalam konteks negara-negara lain. Negara-negara yang berlainan mempunyai konsep, definisi dan fokus homestay yang berbeza

Program homestay merupakan sebuah program pelancongan desa yang semakin berkembang di negara kita yang mula dikesan seawal tahun 1970-an di mana ianya bermula di Kampung Cherating Lama, Pahang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan Malaysia) telah memperkenalkan program homestay pada tahun 1988 sebagai salah satu bentuk penginapan alternatif yang ditawarkan kepada pelancong

Konsep homestay atau kadang kala disebut sebagai inap desa sering berbeza antara sebuah negaradengan sebuah negara yang lain. Secara umumnya, homestay adalah satu bentuk penginapan atau satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong diberi peluang untuk tinggal bersama dengan keluarga tuan rumah (host) yang dipilih untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga tersebut. Pelancong juga turut mendapat pengalaman seperti kebudayaan keluarga tuan rumah secara langsung. Dari segi asal-usul, program homestay bermula di Eropah pada lewat tahun 1970-an dan ia dikenali sebagai suatu konsep percutian (R.Hussin, 2014)

Elemen yang terdapat dalam program ini turut meliputi penyediaan makanan kepada tetamu, memasak dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bersama dengan keluarga angkat demi mewujudkan keserasian antara tuan rumah dan tetamu yang berbeza latar belakang kehidupan dan kebudayaan. Melalui interaksi yang mesra, tuan rumah dan tetamu akan lebih saling kenal-mengenali antara satu sama lain serta dapat mempelajari sesuatu yang baru mengikut perspektif masing-masing. Program Inap Desa ini juga membolehkan tetamu untuk menyertai kegiatan harian atau aktiviti rutin tuan rumah di samping memberikan peluang kepada mereka untuk menikmati keindahan dan keunikan alam semulajadi di samping dapat menjalankan pelbagai aktiviti kebudayaan tradisional masyarakat tuan rumah. Umumnya inap desa yang berbeza pastinya menawarkan bentuk-bentuk aktiviti yang berlainan bergantung kepada aspek-aspek setempat seperti lokasi, budaya, kepelbagaian makanan dan kegiatan ekonomi.

Secara umumnya, Inap Desa mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan berdasarkan reputasinya yang mampu memberi impak positif kepada komuniti setempat terutamanya dari segi ekonomi. Pembukaan inap desa di kawasan luar bandar mampu menawarkan peluang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk. impak pelancongan, secara umumnya saiz, sifat dan had bagi impak pelancongan adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:

·         Jumlah aktiviti pelancong berbanding aktiviti masyarakat setempat
·         Tahap kepadatan atau keselerakan aktiviti pelancong di kawasan berkaitan
·         Tempoh dan sifat hubungan pelancong dengan komuniti
·         Kestabilan atau sensitiviti struktur ekonomi, sosial dan persekitaran setempat
·         Persamaaan atau perbezaan antara masyarakat tempatan dan pelancong

Program Inap Desa ini juga turut diyakini mampu untuk memelihara dan memulihara sumber alam semulajadi serta warisan budaya sekiranya kaedah pembangunan mapan diterap dan dilaksanakan dalam keseluruhan peringkat pembangunannya.

Menurut Persatuan Homestay Malaysia, antara pelancong yang menjadi sasaran utama pasaran inap desa di Malaysia adalah pelancong dari Jepun dan Korea, manakala bagi pelancong domestik pula kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan pelajar sekolah dan juga pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Selain itu, pelancong dari Eropah juga dilihat turut mencatatkan kadar kedatangan yang paling kerap ke inap desa di negara ini. Hal ini adalah disebabkan para pelancong sasaran yang berkenaan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kelestarian dalam industri pelancongan memandangkan secara umumnya golongan ini merupakan individu-individu yang berpendidikan yang prihatin dan mempunyai kesedaran terhadap keunikan serta keindahan alam semulajadi yang terdapat di kawasan luar bandar, malahan mereka-mereka ini juga terdorong untuk menambah ilmu pengetahuan melalui pengalaman.


RUMUSAN

Secara keseluruhannya, industri perlancongan telah menunjukan peningkatan yang positif dalam proses penjanaan ekonomi Negara di samping memberikan pendapatan kepada isi keluarga, industri pelancongan juga merupakan salah satu langkah memperkenalkan Negara yang mempunyai pelbagai khazanah yang bernilai tinggi kepada global. Bagi memastikan industri perlancongan ini terus maju dan berkembang serta beroleh kejayaan, semua pihak perlu berganding bahu bagi menjayakan industri perlancongan.

            Pihak kerajaan yang di pimpin oleh mereka yang berintelektual perlu memikirkan penambahbaikan serta bantuan kepada mereka yang menguruskan perkhidmatan perlancongan ini untuk terus bersaing dengan Negara-negara yang hebat dalam perindutrian perlancongan dan memperoleh pendapatan yang lumayan dan membantu meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara pada masa akan datang




Rujukan

Ahmad .M.Z. dan Ibrahim .J.A , Abdul Razaket . N (2012),Pembangunan   Perlancongan               Kuala Kedah untuk “semua” :Kriteria dan Tanda Aras            Kelestarian untuk                      pertimbangan

C.H.Hassan, (1997). Tanggapan Pelawat Terhadap Taman Pertanian Malaysia Bukit                      Cahaya Seri Alam Sebagai Destinasi Perlancongan. Universiti Putra Malaysia,                       Selangor, Malaysia.

Dyeall (2004). Pengenalan Kepada Pelancongan. Dicapai pada Ogos 15,  2015 dari

Habibah Ahmad ( 1994 ). Industri Pelancongan di Asean : Satu Cabaran

Jabil Mapjabil, S.A. (2011). Pembangunan program homestay di Wilayah Utara
            Semenanjung Malaysia : Profil, Produk dan prospek. Malaysia Journal of
            Society dan Space 7

Jamaluddin, ( 2009 ). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya Terhadap                                       Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai :Malaysian Journal of Enviromental 10 (2)
            limaihwa (1990). Industri Pelancongan di Malaysia. Dicapai pada Ogos 15, 2016 dari
            https://www.scribd.com/doc/16611950/Industri-Pelancongan-di-Malaysia

Salleh, N.O. ( 2010). Analisis Hubungan Pembangunan Industri Pelancongan dan                            Pertumbuhan Ekonomi : Perbandingan Pasaran Antarabangsa. Jurnal     Ekonomi                 Malaysia 44

The Malaysian Times ( 2012 ). Sektor Pelancongan Menjana Ekonomi. Dicapai pada                       Ogos 16, 2016 darihttp://www.themalaysiantimes.com.my/sektor-         pelancongan-            menjana-aktiviti-ekonomi/

Zulkifli Omar. ( 2015 ). Sumbangan Sektor Pelancongan terhadap Ekonomi. Institut
            Penyelidikan Ekonomi Malaysia. Malaysia